Maklumat Penanaman Marigold Durango

Maklumat Penanaman Marigold French Durango
(Tagetes patula)

PERCAMBAHAN
Gunakan media yang telah dikeringkan dengan baik, bebas dari penyakit, tidak bertanah dengan pH di antara 6.2 hingga 6.5 dan media dengan caj nutrien pendahuluan (EC) 0.75 mmhos/cm (ekstrak 1:2). Lindungi biji benih dengan lapisan vermikulit yang kasar. Berikan masa 3 hingga 4 hari untuk percambahan.

PENGHASILAN ANAK BENIH
Anak benih Marigold Durango paling baik dihasilkan dalam dulang semaian 200 lubang.

Media: Gunakan media yang telah dikeringkan dengan baik, bebas dari penyakit, tidak bertanah dengan pH di antara 6.2 hingga 6.5 dan media dengan caj nutrien pendahuluan (EC) 0.75 mmhos/cm (ekstrak 1:2).

Semaian: Lindungi biji benih dengan lapisan vermikulit yang kasar. Berikan masa 3 hingga 4 hari untuk percambahan.

Suhu
Percambahan : 70 hingga 72°F (21 hingga 22°C)
Peringkat kotiledon : 65 hingga 72°F (18 hingga 22°C)
Daun sebenar : 65 hingga 70°F (18 hingga 21°C)
Penghasilan anak benih : 65 hingga 68°F (18 hingga 20°C)

Cahaya
Peringkat 1 : Cahaya adalah tidak perlu bagi percambahan
Selepas ercambahan : 1,000 hingga 2,500 f.c. (10,000 hingga 25,000 Lux)
Kematangan anak benih: Sehingga 3,000 f.c. (30,000 Lux)

Kelembapan: Kekalkan 95% kelembapan relatif (RH) sehingga kotiledon muncul.

Kelembapan Tanah: Kekalkan kelembapan tanah yang tinggi sehingga kemuncula radikel. Kemudian kurangkan kadar kelembapan selepas radikel menembusi media. Jangan biarkan anak benih layu.

Pembajaan
Peringkat 2: Gunakan 50 hingga 75 ppm N, kekalkan EC 1.0.
Peringkat 4: Gunakan 100 hingga 150 ppm N, kekalkan EC di antara 1.0 hingga 1.5.

Penggunaan Growth Regulator : Tidak perlu.

PERTUMBUHAN SEHINGGA DEWASA
Saiz Bekas
: Marigold Durango amat sesuai bagi penanaman dalam pek sel dan pasu 6- in. (15-cm)
Gunakan media yang telah dikeringkan denga baik, bebas dari penyakit, tidak bertanah dengan pH di antara 6.2 hingga 6.5 dan media dengan caj nutrien pendahuluan.

Suhu
Malam: 60 hingga 62°F (15 hingga 17°C)
Siang: 65 hingga 68°F (18 hingga 20°C)

Cahaya: Kekalkan kadar cahaya dari sederhana hingga tinggi

Penyiraman: Kekalkan kelembapan yang seragam. Jangan biarkan tanaman layu.

Pembajaan: Bubuh baja setiap minggu dengan 150 hingga 200 ppm N dalam baja yang lengkap. Kekalkan EC media pada 1.5 hingga 2.0 mmhos/cm dan pH di antara 6.2 hingga 6.8.

Penggunaan Growth Regulator: Untuk membolehkan tanaman kelihatan tampan, kami menyarankan penggunaan B-Nine pada 2,500 ppm, 1 minggu selepas pemindahan untuk pek sel atau 2 minggu selepas pemindahan untuk pasu 6-in. (15-cm).

Serangga: Aphids, hama, lalat putih
Penyakit: Damping off di peringkat anak benih